Thursday 5 February 2015

1st day - Trip ke Langkawi : Kereta sewa - Mitsubishi Mirage

Assalamualaikum (waalaikumussalam),


Ok, hari ni nak cerita tentang kereta sewa. Kitorang dah book awal-awal kereta untuk disewa dengan Bang Chik. Kitorang dapat kereta Mitsubishi Mirage kaler hijau. Mula-mula nak book Perodua Axia tapi tak dapat sebab dah ada orang book. So dapatlah Mirage tu. Takpelah kan, janji ada kereta.

Sampai je airport Langkawi tu, aku terus call orang kereta sewa tu. Sampai dalam pukul 6.40 - 6.45pm camtulah. Orang tu pulak kata staff dia memang dah tunggu kat situ, and dia suruh staff dia call aku. Lepas staff dia call aku, kitorang pun jumpalah bawah bumbung biru. Kalau nak tau, situ memang ada je kereta-kereta sewa kalau korang nak amik on the spot lah. Tapi macam kitorang, kitorang book awal-awal lah, so senang and dah tau harga. Kalau ambil on the spot, aku risau harga lain je. Ikut keselesaan masing-masinglah. Anyways, aku rasa memang diorang tunggu je situ sebab sentiasa ada pelancong.

Waktu ambil kereta tu, minyak ada 2 bar. Kitorang mintak sekali map langkawi. So dapatlah 2 map. Hehe. Sorang satu. Dah bayar deposit semua, kitorang pun geraklah ke motel kitorang kat Cenang. 

Oh sebelum lupa, sewa kereta Mitsubishi Mirage tu RM70 sehari. So, RM70 x 3 = RM210 untuk 3 hari. Deposit RM 50 bank in untuk booking. Waktu pulangkan kereta baru dia pulangkan balik. 


Inilah kereta sewa kitorang. Sorry, gambar gelap lak. Maghrib waktu ni. Kitorang baru sampai motel.



Setakat tu jelah untuk harini. Nanti kita sambung entry lain lak ye.


Assalamualaikum,

Bye!







No comments:

Post a Comment