Thursday 5 February 2015

Trip ke Langkawi (KUL - LGK) - 1st time naik flight

Assalamualaikum, 
(waalaikumussalam)

Disebabkan aku excited-maited, aku nak share dengan korang pengalaman percutian aku dan kawan aku ke Langkawi. Haha. Manalah tau kan, ada yang tak pernah naik flight, jadi ni lah pengalaman kitorang yang nak dikongsikan dengan korang yang tak pernaH naik flight macam kitorang.

Kitorang bercuti berdua je. Inilah first time kitorang naik flight dan first time aku pergi ke Langkawi. Teringin jugaklah kan nak naik flight, tu yang kitorang decide nak naik flight. So kitorang booklah AirAsia. Tiket pergi balik kitorang RM 427. Kitorang tak amik baggage pun time pergi tu. Cuma waktu balik je kitorang ambil. Aku ambil baggage yang 15kg je (RM 25) sementara In ambil 20kg (RM 30). So total flight ticket kitorang berdua RM 427.00. Mula-mula risau jugak kan, tak ambil baggage waktu pergi, tapi akak ofis aku kata boleh bawak naik beg, so kitorang tak ambillah baggage masa pergi. Tapi dengan syarat, tak lebih 7kg bagasi tu. Macam aku, aku bawak beg balik kampung tu je. Aku bawak naik beg tu dengan handbag. So nanti beg tu akan diletakkan kat atas kepala korang. bukan atas kepala ye. Maksudnya ada tempat letak beg lah atas seat kita tu. Err...

Kitorang bertolak dari Sri Rampai - KL Sentral. Dari KL Sentral kitorang naik ERL direct ke KLIA2. Harga tiket RM 35 seorang. Kitorang bertolak dari KL Sentral dalam pukul 3.15pm @ 3.20pm dan sampai di KLIA2 pukul 3.55pm. Sekejap je kan? Kalau korang nak naik bas pun boleh. Aku memilih untuk naik ERL sebab bagi aku naik ERL akan cepat sampai dan tak perlu bersesak di jalan raya kalau nak naik bas. Boleh jugak naik bas ke KLIA2, murah pun murahlah dari ERL tapi disebabkan nak cepat dan nak merasa naik ERL, so naik ERL lah kitorang. Hehe. 



Menunggu ERL sampai

Dah sampai KLIA2!


Sampai je KLIA2 tu, kitorang memang blur. Tak pernah sampai pun KLIA2 ni , apatah lagi takde pengalaman naik flight. So kitorang redah jelah kan. Tanya guard and dia suruh naik atas. Oh sebelum tu kitorang dah check in online dah, so tak payah nak beratur bagai. Cuma kitorang tanya kat kaunter lah, tunjuk IC and boarding pass. Pegawai tu suruh pergi ke Gate yang sepatutnya kitorang pergi.

Kitorang tak breakfast dan lunch so kitorang makan jelah dekat KFC. Waktu tu ada lgi 15 minit sebelum check in. In book tempat and aku yang order. Waktu order tu memang aku tak teringat langsung pasal nak kena check in! So tunggu queue, dah order makanan and duduk, tetiba aku teringat, "In, lagi 5 minit! Ahhh,lupa nak tengok jam!". So kitorang cepat-cepat makan. Serius, seumur hidup aku, tak pernah aku makan sebegitu pantas, laju dan cepat. Sumbat-sumbat je dalam mulut. Hilang nikmat makan tu tau. Ishh. Dahlah ayam baru sempenan CNY ni. Ayam golden crunch. Tak menikmati betul! Yang cheezy wedges dengan coleslaw aku tak sempat makan. In makan sikit je cheezy wedges tu. Air sempat habiskan. Kebetulan pemeriksaan kastam tu sebelah KFC je, kitorang pun terus ke sebelah. 

Masa tu pegawai tu bagi bekas kuning, suruh letak handbag, tali pinggang, besi2 macam jam semua dalam tu. Kitorang macam, haaa? Tali pinggang pun kena bukak. Rasa macam.....biar betik? Hahaha. So kitorang pun bukak jelah tali pinggang, jam semua. Dah scan semua barang-barang tu, time tu jugak kitorang pakai tali pinggang tu. Takut terlondeh je seluar kalau nak jalan pergi toilet and pasang. Haha. 

Lepas dah scan, pergi cari gate tadi. Aku lupalah gate apa. Tapi menapak jugaklah kitorang nak ke gate tu. Jauh gak. Besar kot KLIA2 tu. So nanti sampai kat gate tu, dia akan check IC and boarding pass lagi. Tunggulah kat tempat tu. 

Bila dah sampai masa, staf Airasia akan panggil masuk ke kapal terbang dimulakan dengan premium seat tak silap aku. Lepas premium seat dah masuk, baru yang lain boleh masuk. Kitorang book seat no. 15F & 15E , belakang emergency exit, iaitu dekat sayap dia tu. Haha. Pun bolehlahhh. Book seat ni RM 10 ke RM6 tah. Tak ingat aku. Aku ambil seat biasa-biasa je. Tak ambil pun seat yang mahal-mahal tu. Beg letak dekat atas. 

Lepas tu terbanglah kitorang ke Langkawi. Kitorang punya flight pukul 5++pm dan tiba di Langkawi dalam pukul 6.40pm camtu. Tengok awan, subhanallah. Cantik! Rasa excited pulak. Hahaha. Nanti staf Airasia akan offer makanan minuman semua. Kitorang tak beli pun walaupun kitorang makan KFC express tadi, kitorang tahan lapar jelah sampai Langkawi. 

Ok, jom layan gambar.

                 




Sampai ke Langkawi, kitorang call orang kereta sewa yang kitorang dah book. Ok lah, sambung next entry tentang kereta sewa pulak ye.


Byeeee.

Assalamualaikum (waalaikumussalam).





19 comments:

  1. xyah buat passport ka?

    ReplyDelete
  2. tak payah sebab masih dalam Malaysia kan. hehe

    ReplyDelete
  3. Barang2 seperti ubat gigi.losyen.pencuci muka boleh bawak naik kapal terbang kan..sb nie dosmetic..pertama kali nk g ke langkawi..beli tiket pun dkt online je..awak blh bg no fon..nk tanya lg nie

    ReplyDelete
  4. Kak nk tanya...Flight ke langkawi ini ada aerobridge ke atau kena naik tangga? Nk bawa mak pergi jln2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambulift ke? Dlu sy pnh bw mak sy yg bkerusi roda naik flight air asia ke kuching. Sminggu sblm fly blh book ambulift dkt website dorg. So better amik premium seat utk mmudahkn dia duduk di dpn skali. Wheelchair mak kne check in as luggage sbb x muat nk tolak dlm flight. Dorg akn provide wheelchair yg kecik sikit.

      Delete
    2. Ambulift ke? Dlu sy pnh bw mak sy yg bkerusi roda naik flight air asia ke kuching. Sminggu sblm fly blh book ambulift dkt website dorg. So better amik premium seat utk mmudahkn dia duduk di dpn skali. Wheelchair mak kne check in as luggage sbb x muat nk tolak dlm flight. Dorg akn provide wheelchair yg kecik sikit.

      Delete
  5. cek ic...utk apa ye?aku dh la blacklist saman..risau plk

    ReplyDelete
  6. cek ic utk kesamaan dgn boarding pass aje..xde kne mngena ngn saman..dun worry

    ReplyDelete
  7. Oh yeke..xdela msuk system bgai kn

    ReplyDelete
  8. last naik flight masa kecik dulu je.. ada plan nak ke langkawi next month. ingat nak try naik flight sebab 30min++ je dari penang..tapi dah nak gerak sorang2 pulak...ada tips tak? :)

    ReplyDelete
  9. kat langkawi airport ada check immigration x???sbb sabah n sarawak ada immigresen...

    ReplyDelete
  10. Assalamualikum nak tanya kalau saya dari Johor nak naik flight kat kat ke Langkawi naik mana ya dari lapangan terbang gelang patah ke satu lagi harga tiket ke Langkawi dari Johor ke Langkawi berapa.total untuk 2 orang, sy ingat kahwin nanti nak honeymoon ke Langkawi

    ReplyDelete
  11. Mse buat web check in pergi langkawi tu die minx passport detail x??sy xde passport plk..

    ReplyDelete
  12. Naik flight langkawi kne ad pasport ke

    ReplyDelete
  13. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat langkawi ni...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete
  14. Xyah passport utk ke langkawi Sebab masih di Malaysia, waran ke blacklist ke xkena mengena kecuali ke luar negara saja

    ReplyDelete
  15. nak tnya bila smpai di aiport langkawi tu ada check imigresen tak ?

    ReplyDelete